Mizrin80’s Weblog

Renungkanlah dan Selamat Beramal…..

Archive for July, 2008

Sweet Memories…….

Posted by mizrin80 on July 31, 2008

* KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1973-1983. MESTI KORANG  

  INGAT NI *

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Chiaki, Meoro Attack, Smurfs dan Voltron. Lagi satu Gaban. Bila remaja sikit, kita tengok cite Gila2 Remaja, Ali Setan, Suara Kekasih.Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?…hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. Duduk mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat sebelah…

Ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. Ada gigi yang  berlubang, kena laa tampal.

Ni sure korang igt…program minum susu di skolah. Nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb… Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan…kan? Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.
Time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. Ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu…Ada yang suka stoking tebal laaa… Internet? email? Menda alah ape tu? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 5 inggit je.

Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum-Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, ‘telur’ keras warna warni, ‘rokok’ chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, ‘Ti Kam’. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dalam class.Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. Boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skolah tuh… Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal. Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, Rounders laa… Permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, ‘Pepsi Cola one-two-three’ , ‘Police & Sentry’, main kejar2 duduk…Kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die! lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa. hmm…budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu ‘We Are the World, We Are the Children…’ dan lagu ‘Uptown Girl’ yang diorg tau, yg Westlife nyanyi….bkn Billy Joel nyanyi…

 

Bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam. AIDS wujud sejak diorg lahir. CD pun wujud time diorg lahir. Michael Jackson dah putih dah time tu. Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru. Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer. Diorg tak penah tau pun ‘Atari’ dgn ‘Game & Watch’.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih… dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control. dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone…
Hhmm…jom kite check, kite ni dah tua ke:
1. Korang paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. Kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin 
3. Korang sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. Kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. Kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari 
6. Bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu…
7. Last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg. Sure diorg suke punye laa…heheh
                                    p/s: rindulak zaman kanak2. senang x de masalah nak fikir….tau makan, main n TIDOR..

 

 

 

Posted in Umum | Leave a Comment »

NEGARA BANGKRAP JIKA HARGA MINYAK DITURUNKAN???

Posted by mizrin80 on July 31, 2008

NEGARA BANGKRAP JIKA HARGA MINYAK DITURUNKAN?

Terdapat pihak yang mengatakan bahawa adalah mustahil untuk menurunkan harga minyak kerana harga minyak sedang meningkat naik di peringkat global. Timbalan Perdana Menteri menyatakan negara akan bangkrap jika harga minyak diturunkan….Untuk kenyataan seperti ini kita patut tanyakan terlebih dahulu. Adakah kerajaan sebenarnya tidak mampu menanggung subsidi?

Berdasarkan laporan Belanjawan 2006 mukasurat 10 dan 15,jumlah kutipan kerajaan drpd Petronas adalah RM39.924billion.Jika ditolak subsidi yang ketika itu berjumlah RM 12billion,maka lebihan hasil kerajaan daripada Petronas adalah RM27.924b.Ini adalah kenaikan dana RM12.82billion berbanding tahun 2005.Harus diingat, anggaran ini dibuat akhir tahun 2005 sebelum subsidi minyak dikurangkan pada Feb 2006 sebanyak RM4billion dan keuntungan Petronas mencecah RM76billion.Jadi pertambahan dana tersebut pasti lebih tinggi.

Pernah sekali dipersoalkan ke mana RM500billion duit keuntungan Petronas hilang.Buat pengetahuan semua Audit Petronas tidak perlu dibentangkan di Parlimen dan Petronas hanya bertanggungjawab pada PM.Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara rasmi.Ini menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat minyak dan gas dunia dalam satu kajian ‘World’s Most sustainable And Ethical Companies’.Kajian ini dijalankan oleh Management and Excellant,syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol. Dalam kajian itu,Petronas mendapat 20.15% berbanding Shell 89.01%.

Sekitar 1986,terdapat satu Tabung dipanggil Tabung Warisan Petronas. Tujuan tabung ini adalah bagi membantu kerajaan sekiranya kita menjadi pengimport minyak satu hari nanti. Setiap tahun,sebahagian keuntungan Petronas akan dimasukkan ke dalam tabung ini.Soalnya,berapakah jumlah kutipan tabung ini sekarang dan mengapa ianya tidak pernah didedahkan?

Minyak Malaysia antara yang paling berkualiti di dunia.Harga setong minyak Malaysia adalah 1-2 dolar lebih tinggi dr harga pasaran dunia. Contoh,katalah harga minyak dunia sekarang USD100 setong. Tapi harga minyak Malaysia yang dijual ke luar negara adalah USD102 setong. Lebihan 2 dollar setong ini sudah menghasilkan keuntungan USD438j @ RM1.49 billion setahun.

Minyak yang diimport masuk ke Malaysia sebenarnya minyak bermutu
rendah. Dengan kata lain, kita ada minyak mahal pergi jual. Lepas tu bagi kat rakyat minyak tak elok.Kitaran penjualan ini menyebabkan peredaran wang USD yang sangat besar.Ini menyebabkan jika sedikit masalah berlaku pada matawang US, kita terjejas sama.

Semoleknya, minyak digunakan ke dalam negara dan lebihannya barulah dieksport.Penggunaan NGV sbg bahan bakar mesti dipertingkatkan bagi mengelakkan tumbuh guna petrol yang terlalu besar dalam negara.Dengan cara itu, minyak kita tidak akan bergantung pada harga ekonomi dunia lagi. Sementelah lagi, PM pernah menyatakan bahawa penggunaan minyak di Malaysia hanyalah 575000 tong sehari, kurang daripada pengeluaran minyak Malaysia sebanyak 650 000 sehari.T aktik ini dipraktikkan di Arab Saudi. Sebab itu, walaupun harga minyak dunia naik, Arab Saudi mampu turunkan harga minyak tempatan.0.35 riyal satu liter.

Kalau kita tengok Qatar, Qatar harga minyaknya RM0.87 seliter @ 80 dirham. Qatar macam kita, pengeksport minyak.Dan kalau kita check Singapura,harga minyaknya RM4.15. Di Indonesia pada 2006,harga minyaknya berada pada paras 4500 rupiah.Ini bersamaan RM1.84. Sila ambil perhatian:Indonesia adalah pengimport minyak.Keluaran minyaknya tidak mencukupi utk menampung keperluan dalam negara.Malaysia pengeksport minyak. Keluaran minyaknya melebihi keperluan tempatan.

Di Indonesia Sudahlah harga petrolnya lebih murah,keretanya pula
murah. Toyota Avanza di sana harganya RM40 000. Di sini harganya kira2 RM70000. Sebagai perbandingan,harga LPG di Malaysia adalah RM1.75 satu kg. Di Thailand RM1.65 satu kg.(Anda boleh rujuk kenyataan media JPM pada 27 Feb 2006). Untuk rekod, Thailand bukan pengeksport LPG.Kita?LPG belambak kat Sarawak nun.

Penipuan yang kerajaan buat tentang hal kenaikan amat jelas. Kerajaan kata subsidi kena hapus perlahan-lahan sebab nanti tak lama lagi rizab minyak akan habis. Jadi rakyat kena berlatih hidup tanpa subsidi.Tapi berdasarkan jawapan bertulis Perdana Menteri di Dewan Rakyat November 2005, rizab minyak negara adalah 5.29billion tong yang boleh kekal sehingga 2024. Ini belum termasuk penemuan telaga baru seperti telaga Pisagan 1A dan rizab gas lainnya terutama di laut Sabah. Bohong tak bohong.

Ingat, jangkaan habis petrol pada 2024 ini dibuat mengambil kira rizab pada tahun 2005 sahaja dan pengeluaran sehari secara purata 750 000 tong. Untuk rekod,pengeluaran sekarang adalah 650 000 tong. Dan jika diikutkan,kenaikan harga minyak mentah dunia sebenarnya memberikan rahmat besar buat Malaysia. Menurut laporan Asian Development Bank, dalambuku laporan tahun 2007 menyatakan bahawa setiap kenaikan sebanyak USD1 bagi pasaran dunia untuk minyak mentah,kerajaan Malaysia mendapat keuntungan tambahan USD 62juta bersamaan RM210.8 juta. Pada saat minyak kali terakhir dinaikkan RM0.30 satu liter Awal 2006,harga minyak mentah dunia adalah USD70 setong. Kini harganya kira-kira USD96 setong. Bermakna penambahan keuntungan buat kerajaan Malaysia sebanyak USD 1.612 bilion.

Sekarang ayuh kita fikirkan pula mengapa subsidi diturunkan dan keuntungan kerajaan meningkat, masalah kewangan tetap berlaku. Dikatakan duit penjimatan RM4.4billion itu pergi kepada pengangkutan awam. Pergi kpd pengangkutan awam atau pergi pada siapa? Anda kenal Scomi?Scomi Group Berhad adalah milik Kamaluddin bin Abdullah bin Ahmad Badawi. Berdasarkan The Star Online Bizweek 18 Mac 2006,Scomi telah memasuki tawaran untuk Syarikat Prasarana Negara (PNSB) sebanyak RM120 juta bagi membina 400 badan bas dan kontrak RM50j utk pembaikan 1500 gerabak dan landasan KTM. Ini yang keluar suratkhabar. Yang tak keluar?Skandal PKFZ tu macammana?

Sekarang tuan-tuan nampak duit jimat subsidi itu pergi mana? Pembailoutan syarikat2 individu seperti MISC dan Scomi milik anak PM dengan jumlah mencecah RM4billion selain pembinaan projek2 mega yang tidak menguntungkan adalah antara punca utama kelemahan kewangan kerajaan. Pemberian subsidi bahan api berjumlah RM14 billion pula terlalu banyak menguntungkan Penjana Tenaga Bebas(IPP) seperti YTL, Genting Sanyen dan Powertec milik Ananda Krishnan,Lim Goh Tong dan Yeoh Tiong Lai. Syarikat-syarikat IPP ini pula telah menandatangani perjanjian berat sebelah dengan TNB yang menghasilkan kerugian sejumlah RM30b kepada TNB…(Tan Sri Ani Arope telah mengesahkan ini….)

Najib kata berjimatlah.Dia duk baiki umah rasmi dia RM5juta. Projek tu dapat kat adik dia tanpa kelulusan JKR.Berjimat apebendanya? Kata-kata Najib baru-baru ini amat mengelirukan. Negara akan bangkrap jika minyak diturunkan harga. Negara tidak akan bangkrap Najib. Yang bankrap mungkin beliau.

Kesimpulannya,ketelusan,kebijaksanaan menandatangani perjanjian,tadbir urus wang yang baik serta dasar ‘tidak pada bail out’ dan pembatalan projek mega yang bodoh akan membolehkan harga minyak diturunkan. Nah…. sekarang rakyat yang terpaksa menanggung semua ketidaktelusan mengurus tabdir wang negara… RAKYAT MENJADI MANGSA… SEMUA HARGA BARANG NAIKKKKK…….

 

Posted in Umum | Leave a Comment »

Tesco-Ta ya sin kaf wau

Posted by mizrin80 on July 31, 2008

Untuk makluman semua……


 

 
Pembukaan TESCO di Kota Bharu, Kelantan 


Jenama TESCO dengan huruf jawinya: Ta, Ya, Sin, Kaf, dan Wau.Saya ambil TESCO sbg satu perumpamaan utk menunjukkan bahawa rakyat kelantan tidaklah miskin dan mundur spt mana fitnah yg dilemparkan oleh pihak tertentu:

TESCO mula bertapak di Malaysia menerusi penubuhan TESCO Store Malaysia Berhad pd 9/11/2001 melalui pakatan strategik SIME DARBY BERHAD. Kini ia mempunyai lebih 20 cawangan di seluruh Malaysia. TESCO pernah mempunyai cawangan mini di Kuantan tetapi ditutup akibat masalah ekonomi setempat. Kini TESCO memilih Kota Bharu Kelantan sebagai tapak yg strategik.

Menilai antara Fakta dan Fitnah:

Fitnah 1:

-Rakyat Kelantan miskin, tidak ada duit.

Fakta:

-Hari pertama TESCO dibuka ia menerima 15,000 pengunjung. Kebanyakan barangan segar dan roti habis dijual.
-Setiap hari minggu TESCO Kota Bharu memungut lebih RM1 juta sehari.

Fitnah 2:

-Kuasa beli rakyat kelantan kecil berbanding negeri lain.

Fakta:

-Catatan cemerlang hasil jualan menjadikan TESCO bercadang untuk menambah cawangan di Kelantan.
-85% pelanggan TESCO Kota Bharu membuat pembayaran dalam bentuk tunai yg merupakan peratusan pungutan tunai tertinggi di Malaysia.

Fitnah 3:

-Kelantan mundur dan tiada pelaburan asing.

Fakta:

-Selama 18 tahun Kelantan berjaya bertahan menjadi negeri yg paling unik di Malaysia dengan keberanian rakyatnya menolak pemerintahan kejam lagi zalim.
-Ekonomi Kelantan semakin makmur dan kemiskinan berjaya dikurangkan.
-Kejujuran parti yang memerintah Kelantan membantu melicinkan pentadbiran sehingga taraf hidup penduduk dan pembayaran hutang negeri jauh lebih baik.
-Iaitu Kelantan menduduki tempat kedua dalam “Kadar Hutang Negeri Terendah”.
-Pelabur antarabangsa kini memilih Kelantan sbg destinasi mereka.

Fitnah 4:

-TESCO akan membunuh peniaga kecil tempatan.

Fakta:

-TESCO menerusi rangkaian antarabangsa membantu usahawan2 industri kecil dan sederhana memasarkan produk mereka.
-90% produk jualan TESCO adalah produk tempatan.
-Ia membuka pasaran baru kpd penternak lembu, kambing dan ikan, penanaman sayur serta buah-buahan tempatan. Keperluan TESCO terhadap produk makanan segar tempatan adalah amat besar.
-Pasaran TESCO fokus kpd pembelian penggunaan bulanan, manakala kedai runcit untuk kegunaan harian. Maka persaingan kuat tidak berlaku.

Fitnah 5:

-TESCO menggalakkan aktiviti Anti-Islam.

Fakta:

-TESCO Kota Bharu merupakan TESCO pertama di dunia yg ditutup pada waktu Sembahyang Jumaat.
-Merupakan TESCO yg pertama di dunia tidak menjual minuman keras/arak ataupun produk segar yang tidak halal.
-Menyediakan tempat Solat yg cukup selesa kpd para muslim.
-Merupakan TESCO pertama di dunia menggunakan tulisan jawi sbg sebahagian jenamanya. Iaitu gabungan “Ta, ya, sin, kaf dan wau” menjadi maksud TESCO.

Fitnah 6:

-TESCO menggalakkan aktiviti lepak di kalangan remaja.

Fakta:

-TESCO mempunyai 20 cawangan di Malaysia dan pekerja seramai 6,600 org.
-TESCO menerima pemohonan kerja di Kelantan dan setakat kini 300 org anak Kelantan berkhidmat secara tetap, manakala 574 org secara sambilan.
-TESCO menerusi rangkaian Jabatan Sumber Manusianya menekankan latihan intensif bg meningkatkan kualiti kerja dan perkhidmatan pelanggan.

Kesimpulan:

Berita mengenai pembangunan ekonomi Kelantan banyak disekat, dikawal ketat serta diputar-belit oleh pihak tertentu. Maka ramai org di luar sana tidak peka terhadap pencapaian Kelantan yg cemerlang.
Jika dibandingkan Kelantan dgn KL, mestilah pusat bandar KL lagi maju dan pesat. Tapi apa gunanya maju sedangkan kos taraf hidup, cukai dan harga barang semuanya tinggi? Apakah rakyat akan puas hati jika duit hasil titik peluh mereka dirasuah sewenang-wenangnya? Rakyat yg tak berdosa terpaksa bayar lebih semata-mata utk membayar kerugian akibat amalan rasuah yg berleluasa.

 

 

 

 

Posted in Info | Leave a Comment »

Hello world!

Posted by mizrin80 on July 31, 2008

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Posted in Uncategorized | 1 Comment »