Mizrin80’s Weblog

Renungkanlah dan Selamat Beramal…..

Archive for August, 2008

Israk Mikraj pencetus kesedaran ummah

Posted by mizrin80 on August 11, 2008

Peristiwa ini berlaku selepas kematian bapa saudara baginda, Abu Talib dan isteri Rasul, Khadijah binti Khuwailid bagi menghilangkan kegusaran baginda terhadap kematian kedua-duanya.

Perbincangan kali ini lebih tertumpu kepada persoalan bagaimana peritiwa Israk dan Mikraj menjadi inspirasi kepada umat Islam hari ini yang terlibat pada perkara hingga ke peringkat memfitnah Islam itu sendiri seperti tidak menunaikan solat, terlibat dalam pembunuhan dan meletupkan mangsa.

Di samping itu ada beberapa bahan penting yang boleh dikutip sekali gus berupaya menjadikan Muslim secara umumnya komited kepada agamanya melalui amalan masing-masing.

Peringatan kepada umat

Menurut beberapa riwayat mengenai peristiwa Israk dan Mikraj seperti yang disebut oleh Ibnu Hajar al-Haithami dalam kitabnya az-Zawajir juzuk 2 halaman 41, dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah s.a.w. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api obor dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.

Antaranya:

* Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru, keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah s.a.w. diberitahu oleh Jibril: Itulah kaum yang berjihad �Fisabilillah� yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

* Tempat yang berbau harum. Rasulullah s.a.w. diberitahu oleh Jibril: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Firaun sebagai tuhan).

* Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula tanpa henti. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibril memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

* Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibril: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

* Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibril: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.

* Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril: Itulah orang yang makan riba.

* Lelaki yang menghimpun sekumpulan kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

* Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibril: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

* Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibril: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

* Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibril: Itulah orang yang bercakap besar (takbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

* Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak mempedulikannya. Kata Jibril: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

* Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah s.a.w. tidak menghiraukannya. Kata Jibril: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

* Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibril: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan semua para Nabi dan Rasul menjadi makmum.

Rasulullah s.a.w. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Selepas menyaksikan pelbagai panorama, akhirnya sampailah mereka di Baitul Maqdis.

Di sana telah menanti satu jemaah para nabi terdahulu. Nabi Muhammad s.a.w. solat tahiyatul masjid dan Jibril menyuruh Nabi mengimami solat bersama barisan nabi terdahulu.

Kemudian Nabi dihidangkan dengan tiga gelas minuman berisi susu, arak dan madu. Nabi memilih gelas berisi susu, minuman fitrah manusia.

Hubungan Nabi Muhammad dengan rasul-rasul

Selesai upacara Israk, sampai ketika Nabi Muhammad diMikrajkan. Sejenis tangga yang canggih seakan eskalator membawa Nabi ke angkasa. Maka bermulalah episod mikraj dari langit pertama hingga ke tujuh dan kemudiannya ke Sidaratul Muntaha.

Setiap kali melalui lapisan langit, Jibril memberi salam dan sebaik malaikat penjaga langit membuka pintu, Nabi Muhammad s.a.w. diperkenalkan dengan nabi yang sedia menunggu di situ. Kesemua nabi mendoakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Di langit pertama, baginda berjumpa Nabi Adam a.s., bapa segala manusia.

Di langit kedua berjumpa dengan Nabi Isa dan Yahya a.s.

Di langit ketigaerjumpa dengan Nabi Yusof a.s.

Di langit keempat berjumpa dengan Nabi Idris a.s.

Di langit kelima berjumpa dengan Nabi Harun a.s. Di langit keenam berjumpa dengan Nabi Musa a.s.

Di langit ketujuh berjumpa dengan Nabi Ibrahim a.s.

Setelah digambarkan kepada baginda beberapa keadaan ketika dimikrajkan (satu kelebihan diberikan kepadanya), beberapa peristiwa ngeri khususnya terjadi kepada golongan wanita yang dikatakan penghuni neraka yang paling ramai berdasarkan satu riwayat hadis.

Perkara itu berlaku kepada baginda yang diperlihatkan keadaan golongan wanita ahli neraka yang digantung dengan rambutnya, otak mendidih, nanah dan darah keluar daripada rongga terbuka dengan baunya yang cukup hanyir.

Ada wanita yang digantung dengan lidahnya, kemudian dituangkan air yang mendidih dari api neraka ke dalam rongganya.

Ada wanita yang diikat kakinya pada buah dadanya sementara kedua tangannya diikat pada ubunnya dan Allah memerintah kala jengking dan ular berbisa menyengatnya.

Ada wanita yang digantung (buah dadanya sahaja) sementara api menjulang di bawahnya.

Ada wanita di mana kepalanya seperti babi dan badannya seperti keldai, sementara ditimpa azab yang terlalu banyak ke atasnya.

Ada wanita badannya seperti anjing, sedangkan api sedang menyala masuk ke dalam mulutnya dan keluar menerusi duburnya, sementara para malaikat sedang memukul kepalanya dengan tongkat yang diperbuat daripada api neraka.

Itulah wanita yang enggan untuk menutup kepala dan dadanya dengan tudung di hadapan lelaki ajnabi, itulah juga wanita semasa hidup di dunia tidak mahu mandi junub dan haid serta lalai untuk bersembahyang.

Itulah juga wanita yang menyakiti tempat tidur suaminya, yang selalu suka mengadu perkara dusta, pembohongan, hasad dan dengki.

Begitulah yang diungkapkan Rasulullah s.a.w. di hadapan puterinya Fatimah dengan kata-kata: Hai anakku Fatimah! Neraka Wail buat wanita yang durhaka kepada suaminya.

Inspirasi perubahan agar umat sedar

Daripada fenomena peristiwa yang berlaku antara Nabi dan Jibril dalam isu Israk dan Mikraj sepanjang perjalanan yang digambarkan kepada Rasulullah s.a.w., adalah untuk jadi bahan renungan dan iktibar bagi generasi Muslim sepanjang zaman, terutamanya umat hari ini yang semakin hilang keyakinan diri kepada Allah selaku Pencipta.

Ia boleh disimpulkan sebagai himpunan peringatan buat individu yang mahu menjadikannya pula sebagai anjakan paradigma untuk terus melakukan perubahan diri meniti kesempurnaan.

Ini kerana peristiwa-peristiwa simbolik berkenaan jika dihalusi dengan teliti, mampu mengubah cara hidup Muslim yang boleh disifatkan sebelumnya sebagai individu yang lalai, jauh daripada pegangan agama.

Betapa suasana dan kesudahan mereka yang digambarkan dalam simbolik itu menggambarkan keadaan manusia nanti di alam akhirat dengan pelbagai gambaran yang amat mengerikan.

Apabila ia juga tidak mampu mengubah sikap, pendirian seseorang, bererti individu berkenaan telah dihijab hatinya daripada wahyu petunjuk Ilahi dan terus bebas melakukan penentangan terhadap Allah SWT.

Justeru, kita adalah disaran agar terus banyak berdoa kepada Allah Yang Maha Berkuasa, supaya memasukkan kita dalam himpunan hamba-Nya yang lunak hati untuk menerima kebenaran, kerana jika kita terus masih mengingkari kebenaran, maka kehidupan kita di dunia semakin sempit, malah akan dibutakan oleh Allah di akhirat hingga terjerumus masuk dalam neraka-Nya, Wal ‘Iyazu Billah.

Posted in Tazkirah | Leave a Comment »

Perang Dunia Ke-3!!!!

Posted by mizrin80 on August 11, 2008

Assalamualaikum….. semua paper hari ini tunjukkan gambar penduduk Georgia di serang tentera Rusia. Terkejut gak aku baca. Yang buat aku risau mungkin ke ni Perang Dunia ke -3?? Siapa tahu ia akan terjadi sebab ia melibatkan sebuah negara Balkan yang berkuasa besar, kuasa ketenteraan antara terkuat di dunia dan memiliki teknologi ketenteraan antara yang maju. Malaysia pun ada membeli peralatan senjata dari Rusia seperti Pesawat Pejuang Sukhoi dan MIG. Rusia telah menghantar 10,000 bala tentera ke sana. Seramai 6,000 tentera melalui jalan darat manakala 4,000 lagi melalui laut.

Kesian lak aku tengok makcik yang rumah dia musnah di kerjakan tentera Rusia. Setakat ni hampir 2,000 orang telah terbunuh. Kadang2 aku terfikir kenapa la manusia ni x leh nak hidup amai damai dalam zaman yang moden ni. Dah tak de cara lain ke selain berperang untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau perbalahan. Tah la atau ini juga mungkin permainan Polis Dunia, Amerika Syarikat laknatullah…

Aku harap Malaysia x lah sampai jadi macam tu. Setakat ini, semua alhamdullilah. Krisis politik pun dapat ditangani dengan baik sama ada di pihak Kerajaan (Barisan Nasional) atau Pembangkang (Pakatan Rakyat). Maklumlah pembangkang pun dah banyak menang kerusi dan negeri dalam PRU ke 12 baru2 ni. Sama2 lah kita berdoa, amin….
Wasalam..

Posted in Umum | Leave a Comment »

Spekulasi ‘lompat’ berakhir, Ronaldo tetap milik MU!!!

Posted by mizrin80 on August 10, 2008

Oleh The Sun   

Sabtu, 09 Ogos 2008

LONDON: Cristiano Ronaldo mengakhiri spekulasi berbulan-bulan mengenai masa depannya dengan mengakui bahawa beliau akan kekal di Manchester United musim ini.

Pemain sayap Portugal itu akan kembali ke Carrington hari ini dan berjanji akan memberikan segala-galanya untuk juara berganda itu.

Ronaldo turut menegaskan bahawa beliau harus dipersalahkan di atas semua kontroversi yang menyelubungi kemungkinan pemindahannya ke Real Madrid pada musim panas ini.

Bintang berusia 23 tahun itu tetap membuka pintu bagi pemindahannya ke kelab di Bernabeu satu hari nanti tetapi ia tidak akan berlaku tahun ini.

Beliau mendedahkan telah berbincang dengan pengurus United, Sir Alex Ferguson, dan selepas kedua-duanya melahirkan pandangan masing-masing, mereka bersetuju bahawa beliau akan meneruskan kerjayanya di Old Trafford.

Ronaldo berkata: ‘Ya, saya akan kekal di Manchester United. Saya akan bermain sekurang-kurangnya semusim lagi.

‘Ferguson mendengar alasan-alasan saya, saya juga mendengar alasan-alasannya dan huraian terbaik bagi kedua- dua pihak ialah saya kekal (bersama United).

‘Dengan ini, saya mengesahkan bahawa saya akan bermain dengan Manchester United bagi musim baru mendatang ini.’

Para penyokong United semakin kurang senang terhadap Ronaldo pada musim panas ini dan sebahagian daripada mereka menyarankan supaya beliau meninggalkan sahaja Old Trafford kerana hatinya jelas di tempat lain.

Bagaimanapun, kini segala-galanya sudah terhurai dan pemain itu berjanji akan memberikan 100 peratus sedang United berusaha mempertahankan mahkota Liga Perdana dan Liga Juara-Juara Eropah.

Pemain sayap itu menambah: ‘Sebelum timbul khabar-khabar angin yang mengatakan saya kekal di sini tanpa kerelaan saya, ingin saya menjelaskan sekarang bahawa sesiapa yang menyatakan atau menulisnya adalah satu pembohongan.

‘Saya akan bermain untuk Manchester United dengan sepenuh hati. Saya akan berjuang dan menghormati jersi saya dengan penuh komitmen dan dedikasi seperti yang selalu saya tunjukkan.’

United begitu marah terhadap tindak-tanduk kelab gergasi Sepanyol itu dalam usahanya memancing Ronaldo dan turut membuat aduan kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Tetapi Ronaldo menegaskan bahawa hasratnya untuk bermain dengan Real merupakan punca masalah dan bukannya para pegawai kelab di Bernabeu itu.

Ronaldo, yang menyumbatkan 42 gol musim lalu, berkata: ‘Saya ingin menyatakan bahawa saya adalah orangnya yang paling bertanggungjawab terhadap kontroversi ini.

‘Ini bukan salah mereka (Real) kerana saya yang menunjukkan keinginan untuk ke Real Madrid.’

Kenyataan ini menunjukkan beliau mahu mengekalkan hubungan baik dengan presiden Real, Ramon Calderon, selepas mengakui masih berminat berpindah ke kelab gergasi Sepanyol itu pada masa depan.

 

Posted in Sukan | Leave a Comment »

Berita selepas Subuh….

Posted by mizrin80 on August 10, 2008

Assalamualaikum….. pagi tadi selepas subuh Mama (panggilan mak mertuaku) mengetuk pintu bilik. Dia memberitahu satu berita yang amat mengejutkan. Abang sepupu isteriku meninggal dunia di Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan.  Aku pun bukan kenal sangat arwah sebab dia sedara belah bapa mertuaku. Kami sekeluarga kurang rapat dengan sedara belah Baba (panggilan bapa mertuaku). Tapi kalau sebelah mama kamcing giler.

Kami berbincang sekeluarga dan terus memberitahu saudara2 lain tentang berita ni. Isteriku terus bersiap kemaskan barang anakku. Yelah mak mertua aku mesti duk sana 2 hari. Nak tolong2 apa yang patut. Lagipun confirm ada kenduri arwah malam ni. Aku lak kejutkan anakku Aiman. Baru nak mandikan dia, dia nangis cakap sejuk. Mana x sejuk baru pukul 7 la ayah.

Wife aku pun sian kat dia dan x jadi mandikan dia. Just sapu bedak and tukar baju. Kul 8 adik iparku Boboy dating. So kami pergi dengan dia . Dia sorang jer, wife and anak dia x ikut. Sampai kat rumah Mak Tehku di Serting Ulu dalam pukul 11 pagi, orang dah ramai. Penuh kiri kanan jalan kereta. Aku turunkan aiman and terus sambut jenazah. Jenazah nak dimandikan di Masjid Serting Ulu. Mujur la seberang jalan dari rumah mak tehku. Adik beradik abg sepupuku ni masih on the way lagi.

Sampai dalam masjid jenazah siap nak dimandikan. Persiapan semua AJK masjid yang uruskan. Thanks aku ucapkan pada mereka. Semoga Allah membalas jasa mereka insyaallah. Aku tolong angkat jenazah ke tempat mandi. Sejuk aku rasa badan jenazah. Tapi aku ckp dalam hati jer. Masa mandikan jenazah aku sempat lihat wajahnya buat kali terakhir. Insaf aku rasa dengan kejadian yang telah ditetapkan oleh Allah ini. Waktu aku pandang pagar masjid, ternampak isteri jenazah di apahkan oleh orang ramai. Sayu aku lihat isteri dan anak2nya.

Di belakangnya  isteriku tercinta. Aku lihat wajahnya cukup sedih. Aku faham and terus bisik padanya  “ Kalau takut, jangan tengok. Bukan apa, nanti ayangkan lemah semangat”. Dia angguk and terus pergi pada mama. Lama gak aku kat masjid tgk mandikan jenazah. X lama isteriku call Tanya mana kunci kereta. Dia nak amik botol and susu aiman. Aku balik ke rumah mak teh and ambil barang2 tu.

Sampai di rumah, wife aku ajak membeli barang untuk makan tengah hari untuk para tetamu. Apa lagi terus aku ke pasar untuk membeli barang. Lauk untuk makan tengah hari Kari Ayam and Soohon masak air. Sampai rumah mak teh, aku tolong isteriku punggah barang. Kebetulan jenazah nak di bawa ke tanah perkuburan. Aku pun follow la. Sedih aku tengok anak sulung arwah and boboy masukkan jenazah dalam liang lahad. Waktu tu barulah adik beradik isteri arwah dari Perak sampai. Selesai proses menanam jenazah, tok imam lak take over. Selesai tok imam membaca doa, aku teringat lagi kata2nya “Hari ni hari dia, esok lusa kita pulak”. Termenung aku jap. Ntah bila lak hari aku.

Banyak aku belajar hari ni. Antaranya:

1)      Bila kita hidup ada saudara x datang jenguk pun tapi dah meninggal nak x nak, jauh ke dekat kena datang gak

2)      X ramai orang muda termasuk lah aku tahu nak menguruskan jenazah. Bab ni aku kena take care.

3)      Aku teringat kata2 mertuaku, dosa dan pahala anak adam dapat dilihat dari keadaan mayatnya.

4)      Aku kagum dengan Mama yang sibuk membantu family mak teh. Dari hal uruskan jenazah sampai la ke hal2 dapur.

 Wasalam…..

p/s: Alfatihah untuk arwah Abg Yusni Bin Mohd Ali…Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin…..

Posted in Family | Leave a Comment »

Perihal ROKOK

Posted by mizrin80 on August 5, 2008

Assalamualaikum… aku terbaca artikel dari MB Klate ni. Bagus pandangan dia tentang hal ROKOK ni. Tak tau la pandangan orang lain terhadap dia. Yang aku suka pasal MB Klate ni, pandangan dia selalunya kontroversi tetapi akhirnya semua orang dapat menerima pandanganya. Mungkin tu la istemewanya ulama dan umara dari pantai timur ni. Renung2kanlah dan fikir2kan lah……..

<

Lebih baik menderma daripada beli rokok – MB

KOTA BHARU, 4 Ogos (Hrkh) – Mereka yang gemar merokok disaran meninggalkan tabiat buruk tersebut dan menggunakan wang membeli rokok itu untuk menderma.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tidak seorang pun pegawai perubatan menyebut merokok tidak membahayakan kesihatan.

“Sekiranya wang berkenaan digunakan untuk menderma termasuk pembinaan masjid, dan sekolah, ia dapat membantu seseorang itu di akhirat kelak.

Kalau hisap rokok, bukan sahaja tak dapat pahala, penyakit pula yang datang,” ujarnya pada satu program di sini, baru-baru ini.

Ketika berucap sebelum itu beliau menyifatkan mereka yang enggan menunaikan ibadat solat seperti melakukan perbuatan kurang ajar kerana tidak mahu mengikut perintah Allah Taala.

“Lebih baik saya mengeluarkan perkataan kurang ajar di dunia ni berbanding balasan neraka jahanam kepada mereka yang tidak mengerjakan solat,” katanya.

Menurutnya dalam peristiwa Israk dan Mikraj Allah telah memperlihatkan kepada baginda bagaimana seorang hamba menghantukkan kepalanya ke batu sehingga pecah, kemudian bercantum kembali dan menghantuknya semula berulang kali.

“Peristiwa itu menggambarkan bagaimana balasan terhadap manusia yang engkar tidak mahu sujud kepada Allah sehingga akhirnya mereka terpaksa menghantuknya sendiri,” ujarnya.

Posted in Tazkirah | Leave a Comment »