Mizrin80’s Weblog

Renungkanlah dan Selamat Beramal…..

Archive for October, 2008

Pembakar Semangat!!!!

Posted by mizrin80 on October 20, 2008

Pemandu teksi terima sarjana

SYABAS… ISHAK Ismail menunjukkan isyarat bagus selepas menerima Ijazah Sarjana Komunikasi Korporat pada Konvokesyen Universiti Putra Malaysia, Serdang, semalam.


KUALA LUMPUR 19 Okt. – Iltizam untuk menjadi idola kepada lima anaknya membakar semangat seorang pemandu teksi, Ishak Ismail, 56, untuk meneruskan pelajaran sehingga ke peringkat ijazah sarjana.

Hari ini, impiannya itu menjadi kenyataan apabila beliau menerima ijazah Sarjana Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada Majlis Konvokesyen UPM Ke-32 di sini.

Semangat Ishak untuk menimba ilmu terus menyala dan selama 13 tahun memandu teksi di sekitar Shah Alam, beliau sentiasa berfikir untuk mengisi setiap masa terluang dengan perkara yang berfaedah.

‘‘Saya sedar peringkat usia saya agak tua berbanding mahasiswa lain tetapi berbekalkan kelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), saya nekad sambung belajar peringkat ijazah pada tahun 2002,’’ katanya ketika ditemui selepas majlis konvokesyen itu di sini hari ini.

Sebaik sahaja menamatkan pengajian ijazah dalam bidang komunikasi dua tahun lepas, datuk kepada tiga orang cucu ini meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana Komunikasi Korporat.

Kejayaan hari ini, katanya, adalah berkat doa dan sokongan moral yang diberikan oleh isteri dan keluarga.

Justeru, jelasnya, pengorbanan keluarganya itu tidak akan dipersia-siakan kerana selepas ini, beliau tidak lagi akan menjadi pemandu teksi.

‘‘Cukuplah selama 13 tahun saya jadi pemandu teksi. Saya mahu mengubah kehidupan kami sekeluarga.

‘‘Cuma kenangan manis sepanjang menjadi pemandu teksi tidak akan dilupakan kerana sewaktu menunggu penumpang, itulah masanya saya mentelaah,’’ katanya yang belajar selama dua jam setiap hari.

Beliau berkata, tiga daripada lima orang anaknya kini berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.

Menurutnya, berbekalkan ijazah sarjana yang ada di tangannya itu, beliau bersedia untuk menjadi pensyarah sambilan jika ditawarkan oleh mana-mana institusi pengajian tinggi.

Posted in Umum | Leave a Comment »

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin..

Posted by mizrin80 on October 20, 2008

Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin kepada semua sahabat handai yang mengenali diri kami sekeluarga. Semoga syawal ini dapat menyucikan diri dan mengembalikan diri kepada fitrah yang asal iaitu suci dan bersih seperti kain yang putih. Minal Aini Wal Faizin…

Posted in Umum | Leave a Comment »