Mizrin80’s Weblog

Renungkanlah dan Selamat Beramal…..

Archive for the ‘Info’ Category

Hati-hati jika menggunakan PC ditempat umum

Posted by mizrin80 on November 6, 2008


 For your information………be careful

HATI2 KALAU MEMAKAI PC DI TEMPAT UMUM (SEPERTI INTERNET CAFE, DLL…) CEK BELAKANG PC DAN LIHAT APAKAH ALAT INI ADA DI BELAKANG PC, BILA ADA, JGN PAKAI PC ITU!!!!

Alat ini dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu…

Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.


Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah tersimpan di dlm Black Device.
Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua.. Dan mencegah terjadinya hal2 yg tdk diinginkan

Posted in Info | Leave a Comment »

Berkongsi Maklumat…..

Posted by mizrin80 on August 3, 2008

Berapa keuntungan Petronas?

Keuntungan sebelum cukai Kumpulan Petronas untuk tahun kewangan 2008 ialah RM95.5 Billion dan keuntungan bersih selepas cukai ialah RM61.0 Billion.


Berapa pampasan yang di bayar oleh Petronas kepada pihak kerajaan?

Jumlah Wang yang telah dibayar oleh pihak petronas kepada kerajaan ialah RM67.6 Billion. Nilai ini termasuk segala cukai yang telah dibayar oleh Petronas kepada kerajaan.

Ini juga bermakna, Petronas telah membayar sebanyak RM403.3 Billion kepada kerajaan sejak Petronas mula beroperasi.


Bagaimana pecahan pembayaran oleh Petronas kepada kerajaan itu dibuat?

Sila rujuk rajah dibawah.


Dari RM67.6 billion diatas telah mewakili 63.1% dari keuntungan petronas. Ini juga bermakna, kerajaan memperolehi pendapat yang sangat besar dari urus niaga Petronas.


Adakah kenaikan harga minyak mentah dunia mempengaruhi pendapatan / keuntungan petronas dan negara?

Benar, kenaikan harga minyak mentah dunia telah memberi pendapatan tambahan sebanyak RM14.9 Billion kepada Petronas.

Kenaikan harga minyak mentah dunia juga telah mempengaruhi harga produk-produk petroleum lain dan ini telah menyumbangkan sebanyak RM29.6 Billion pendapatan tambahan kepada Petronas.

Jadi, secara langsung, peningkatan pendapatan petronas telah menambah hasil kepada kerajaan juga.


Benarkah minyak mentah Malaysia bermutu tinggi dan dijual lebih mahal dari harga di pasaran dunia?

Benar, minyak mentah Malaysia ada bermutu tinggi kerana mempunyai kandungan sulfur yang lebih rendah dan dijual lebih mahal dari harga pasaran dunia.

Pasaran minyak mentah dunia diniagakan di 2 pasaran terbuka iaitu di Brent, London dan Western Texas Intermediate (WTI), US.

Produk Malaysia, Tapis Blend dijual melebihi USD5 setong dari kedua-dua pasaran diatas, malah, minyak mentah Malaysia (MCO) yang lain turut dijual dengan harga yang lebih tinggi dari pasaran kerana mempunyai quality yang lebih baik.


Benarkah Malaysia akan menjadi negara pengimport minyak pada tahun 2011?

Benar, jika berdasarkan kepada pengeluaran yang ada sekarang dan trend peningkatan permintaan di dalam negara. Pada tahun 2011, pengeluaran minyak negara sudah tidak dapat menampung keperluan di dalam negara.


Namum begitu, masalah ini dapat diatasi jikalau ada penemuan telaga-telaga baru. Penerokaan dan pengeluaran (E&P) laut dalam baru sahaja bermula dimana teknologi ini masih baru dan sedang dilaksakan secara rancak di seluruh dunia. Di Malaysia, pengeluaran laut dalam (deepwater production) baru sahaja dimulakan pada September tahun lalu di Lapangan Kikeh, Sabah. Contoh tempat-tempat lain yang telah memulakannya E&P di laut dalam ialah seperti di Akpo (Nigeria), Kizomba (Anggola) dan Cascade-Chinook (Teluk Mexico).


Petronas juga ada memulakan E&P di 30 negara lain seperti di Malaysia-Thailand Joint Development Area (di sempadan Kelantan), Sudan dan Vietnam.

Berita baik ialah, Petronas masih mempunyai Nisbah Penggantian Simpanan yang positif. Ini bermakna, setiap tong yang dikeluarkan dari perut bumi, Petronas masih berjaya menggantikannya dengan jumlah simpanan yang lebih besar untuk masa hadapan (melalui kaedah penemuan telaga baru).

Malaysia ni negara kecil sahaja, minyak bukan banyak sangat pun, berapa lama lagi kita nak bergantung kepada Petronas?

Betul, Malaysia cuma sebuah negara kecil berbanding negara-negara pengeluar minyak yang lain.

Dari segi rekod, simpanan minyak mentah dan condensate negara cuma berada di kedudukan ke-23 dan simpanan gas asli berara di kedudukan ke 14 seluruh dunia.


Akan tetapi, pendapatan Petronas sebahagian besarnya adalah disumbangkan dari aktiviti luar negara.


Jadi, tidak perlulah dibimbangkan tentang simpanan dan operasi minyak dan gas di dalam negara. Malah, secara purata di dalam 5 tahun, peningkatan pendapaan dari operasi antarabangsa petronas meningkat sebanyak 27.5%

Di mana kedudukan Petronas berbanding dengan syarikat-syarikat minyak besar yang lain?

Menurut Fortune 500, petronas berada di kedudukan no 5 dari segi jumlah keuntungan di dalam industri petroleum untuk tahun kewangan 2008.


Namun begitu, saya pikirkan, kedudukan petronas akan bertambah lagi baik jikalau keuntungan pendapatan mereka dapat di laburkan semula. Untuk rekod sekali lagi, hanya 29.2% sahaja keuntungan petronas dilaburkan semula, jauh lebih kecil dari syarikat-syarikat minyak gergasi lain yang melaburkan semula hasil keuntungan mereka yang secara puratanya lebih 50% atau syarikat-syarikat minyak milik kerajaan negara lain yang melaburkannya semula lebih 70%.


Subsidi : Berapakah yang rakyat terima?

Tiada angka rasmi jumlah subsidi petrol/diesel dikeluarkan didalam laposan tersebut. Saya mengambil petrol/diesel ini kerana, turun naik harganya sangat memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Harga keperluan semasa sangat-sangat bergantung kepada harga petrol atau diesel.

Namum begitu, untuk subsidi gas, Pengeluar Kuasa Bebas (Independent Power Producer – IPP) adalah penerima subsidi gas terbesar negara iaitu sebanyak Rm8.1 Billion. Jika dikumpulkan sejak tahun 1997, sebanyak RM35.7 Billion telah diberikan secara subsidi kepada IPP.

Maka, saya terfikir, alangkah eloknya jikalau kerajaan dapat menarik sedikit subsidi yang diberikan kepada IPP untuk menampung subsidi yang diberikan kepada petrol. Dengan ini, mungkin harga runcit petrol/diesel dapat dikurangkan dan akan memberi manfaat yang besar kepada rakyat.

Sepanjang pengetahuan saya, IPP memperolehi keuntungan yang sangat besar setiap tahun hasil dari cukai kerajaan yang rendah. Antara IPP di Malaysia ialah YTL Power milik Tan Sri Francis Yeoh Tiang Lay (rakyat Malaysia).


Penutup

Semua yang saya tulis diatas adalah bedasarkan pemahaman saya kepada laporon yang dikeluarkan oleh petronas dan isu-isu semasa yang berlegar sekarang. Jikalau fakta yang saya berikan ini kurang tepat atau tidak betul, sila perbetulkan.

Posted in Info | Leave a Comment »

Fatwa Dr Yusuf Qardawi Tentang Tuduhan Zina / Liwat

Posted by mizrin80 on August 3, 2008

Menuduh orang-orang  dengan tohmahan-tohmahan, terutama tohmahan-tohmahan yang besar seperti berzina, liwat dan membunuh merupakan satu perbuatan yang diharamkan secara tegas oleh Islam. Bahkan ia termasuk dalam dosa-dosa besar yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah dan azab-Nya. Sebabnya, tohmahan-tohmahan seperti itu berupaya untuk menyerang kemuliaan diri orang-orang yang beriman sama ada lelaki atau perempuan. Ianya juga boleh menyebabkan orang ramai berburuk sangka terhadapnya…

Perkara sedemikian juga menyebabkan tersebarnya kejahatan di kalangan orang-orang yang beriman. Oleh itu, al-Quran mengecam keras perilaku seperti ini dan mengancam para pendusta yang melakukannya dengan seksaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah s.w.t.: “Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.” (Surah al-Ahzab 33:58)

Allah s.w.t. juga berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik yang lengah (iaitu tidak pernah terlintas untuk melakukan perbuatan yang keji) lagi beriman (dengan tuduhan zina), mereka terkena laknat di dunia dan di akhirat dan bagi mereka azab yang besar. Pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. Di hari itu, Allah akan memberi mereka balasan yang setimpal menurut semestinya dan tahulah mereka bahawa Allah lah yang Benar, lagi yang menjelaskan (segala sesuatu menurut hakikat yang sebenarnya).” (Surah an-Nur 24: 23-25)

Para ulama telah sepakat (ijmak) mengatakan bahawa dosa dan hukuman terhadap orang yang melemparkan tuduhan ke atas lelaki mukmin adalah serupa dengan dosa dan hukuman terhadap mereka yang melemparkan tuduhan ke atas wanita mukminat.

Ayat di atas turun dalam bentuk seperti ini (menggunakan perkataan mukminat) kerana ayat tersebut diturunkan khas sebagai pembelaan terhadap Ummul Mukminin, Aishah As-Siddiqah binti Abu Bakar As-Siddiq. Beliau merupakan salah seorang isteri yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w. selepas Khadijah, Peribadi yang suci ini terpaksa berhadapan dengan tuduhan yang keji.

Orang-orang munafik menyebarkan khabar angin tentangnya dan melemparkan tohmahan bahawa beliau telah melakukan skandal dengan salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang tidak pernah diragui kebersihan peribadinya. Orang-orang munafik benar-benar telah menggunakan peluang ini dengan mengobarkan api fitnah.

Demikianlah kisah yang berkaitan dengan “Hadith al-Ifki” atau “Insiden Fitnah” yang telah meresahkan rumah Nabi s.a.w., rumah Abu Bakar as-Siddiq serta seluruh bandar Madinah. Akhirnya turunlah ayat al-Quran bagi menerangkan perkara tersebut secara jelas dan tegas dan mengembalikan keadaan seperti sediakala. Ayat tersebut juga telah membisukan lidah para pendusta dan membersihkan kembali nama Aishah yang jujur dan suci daripada segala tuduhan jahat. Selepas turunnya ayat-ayat tersebut, kaum Muslimin pun merasa lega kerana telah terkeluar daripada fitnah yang keras dan pahit itu.

Bacalah firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nur: “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu mengira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: ‘Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.’ Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta.” (Surah an-Nur 24:11-13)

Inilah hukum Allah yang tegas: sesiapa yang menuduh orang lain telah melakukan perbuatan keji seperti berzina (atau liwat) maka dia mesti mengukuhkan tuduhannya itu dengan mendatangkan empat orang saksi yang adil dan tidak cacat keperibadiannya. Kesemua saksi itu mestilah telah melihat yang tertuduh sedang melakukan perbuatan zina (liwat) secara jelas dengan mata kepala mereka sendiri… Jika orang yang menuduh tidak berjaya mendatangkan empat saksi, maka dia dianggap sebagai seorang pendusta di sisi Allah s.w.t. Allah menegaskan bahawa si pendusta ini mesti dikenakan hukuman syariah, bahkan dia terkena tiga jenis hukuman yang tertera al-Quran al-Karim, berdasarkan firman Allah s.w.t. “Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) dengan 80 kali sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Surah an-Nur 24:4, 5)

Ayat-ayat yang mulia di atas menyebutkan tiga jenis hukuman terhadap jenayah yang keji itu:

PERTAMA: Hukuman fizikal, iaitu disebat sebanyak lapan puluh sebatan. Sebatan yang menyakitkan tubuh badannya itu merupakan balasan terhadap perbuatannya menyakiti peribadi orang-orang yang baik. Tuduhan yang telah disebarkannya itu juga boleh memusnahkan kehidupan orang-orang yang dituduh berserta kaum keluarganya.

KEDUA: Hukuman moral dan sosial, iaitu dengan menggugurkan segala pertimbangan moral dan sosial orang yang menuduh itu. Kesaksiannya dalam urusan kewangan, sivil, sosial, politik tidak boleh diterima pakai. Ia mencakupi seluruh jenis kesaksian…..

KETIGA: Hukuman agama, iaitu dengan menggelarnya sebagai orang yang fasik dan memasukkannya ke dalam golongan ‘fasiqun’. Al-Quran menyebutkan kefasikan sebagai lawan daripada keimanan. Allah s.w.t. berfirman: “Maka adakah orang-orang yang beriman serupa dengan orang yang fasik? Mereka tidak sama. Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih, maka bagi mereka syurga-syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang mereka kerjakan. Adapun orang-orang yang fasik, maka tempat mereka ialah neraka.” (as-Sajdah 32: 18-20)

Walau bagaimana pun, dengan rahmat dan kasihnya Allah masih lagi membuka pintu taubat bagi mereka yang ingin menyucikan dan membersihkan diri. Firman Allah: “Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah an-Nur 24: 5)

Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa taubat hanya diperkenankan bagi memansuhkan hukuman terakhir, iaitu penggelaran dirinya sebagai fasik. Taubat tidak memansuhkan hukum gugurnya kesaksian dari pihaknya. Sebab perkara ‘gugurnya kesaksian’ dalam ayat di atas disifatkan Allah sebagai kekal, “Dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya”.

Jenayah melemparkan tohmahan itu boleh menjadi lebih besar jika orang yang dituduh dikenali oleh khalayak ramai sebagai orang yang istiqamah dan salih. Mereka mengenalnya sebagai orang yang baik dan tidak pernah menyaksikan sebarang kejahatan dilakukannya. Sesungguhnya suara orang ramai merupakan pena-pena kebenaran. Kesaksian yang boleh dipertimbangkan hanyalah kesaksian orang-orang yang salih dan baik.

Pandangan dan sikap Islam dalam menjaga maruah, kemuliaan dan kehormatan diri seseorang amat tegas dan keras. Islam tidak membenarkan seorang Muslim menyakiti perasaan seorang saudaranya sesama Muslim dengan perkataan menghina, sama ada di hadapannya atau di belakangnya. Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah dari kebanyakan dari syak wasangka, sesungguhnya sebahagian daripada syak wasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujurat 48: 12)

Dalam satu hadis sahih, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap Muslim diharamkan untuk mencerobohi darah, harta dan maruah saudaranya sesama Muslim.”

Jika Islam tidak menentukan sikap yang tegas seperti ini tentu akan terjadi perbalahan di antara selurah manusia, manakala kemuliaan serta maruah diri mereka akan ditindas. Akhirnya musnahlah seluruh hak dan kebebasan.

Bertolak atas kesedaran ini pula Islam memerintahkan kita untuk tidak menceritakan aib orang lain demi menjaga maruah dan peribadinya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada seseorang yang menggesa Ma’iz untuk mengaku berzina sehingga dijatuhkan hukuman rejam, “Jika engkau tutupinya dengan bajumu tentu lebih baik untukmu”. Rasulullah juga bersabda: “Seluruh umatku akan memperoleh pengampunan, kecuali orang-orang yang suka menyebarkan aib orang lain.” Dan baginda bersabda: “Sesiapa yang menutupi kesalahan seorang Muslim nescaya Allah akan menutupi (kesalahannya) di dunia dan akhirat.”

Allah s.w.t. juga berfirman dalam al-Quran al-Karim: “Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat.” (Surah an-Nur 24: 19)

Posted in Info | Leave a Comment »

Penghormatan Tugu Negara : Mufti Perlis gesa PM bertaubat

Posted by mizrin80 on August 3, 2008

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Hrkh) –“Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.”

Demikian kenyataan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin yang mengulas upacara Tugu Negara bersempena Hari Pahlawan 31 Julai lalu, yang menyaksikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi hadir di Majlis Kalungan Bunga monumen berkenaan.

ImageAbdullah dilaporkan menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga Peringatan Negara sebagai memperingati wira-wira yang gugur semasa mempertahankan tanah air dengan diikuti tiupan lagu dan trumpet ‘Last Post’ serta deklamasi sajak berjudul Pahlawanku oleh Pegawai Waran I, Azamin Itam.

Kata Dr Asri lagi, perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati malah sekiranya pelaku tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh.

“Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin dan jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas.

“Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar,” kata Dr Asri dalam laman web Minda Mufti baru-baru ini.

Tahun lalu dalam isu yang sama, pelbagai pihak turut meyelar tindakan Abdullah yang dilihat membelakangi fatwa ulama dan mufti yang menegah perbuatan memberi penghormatan kepada Tugu Negara.

Menurut satu laporan Fatwa Mufti Pulau Pinang telah menyatakan bahawa adalah haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu manakala Fatwa Mufti Pahang di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa : “Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

P/S: kalau fatwa mufti pun kita tak endah, fatwa sapa lagi kita nak pakai. Waktu bab agama baru ingat kat alim ulama, bab lain lupa kan diorang. Ingatlah ulama itu pewaris NABI..Renung2kan lah dan selamat beramal….

Posted in Info | Leave a Comment »

Tesco-Ta ya sin kaf wau

Posted by mizrin80 on July 31, 2008

Untuk makluman semua……


 

 
Pembukaan TESCO di Kota Bharu, Kelantan 


Jenama TESCO dengan huruf jawinya: Ta, Ya, Sin, Kaf, dan Wau.Saya ambil TESCO sbg satu perumpamaan utk menunjukkan bahawa rakyat kelantan tidaklah miskin dan mundur spt mana fitnah yg dilemparkan oleh pihak tertentu:

TESCO mula bertapak di Malaysia menerusi penubuhan TESCO Store Malaysia Berhad pd 9/11/2001 melalui pakatan strategik SIME DARBY BERHAD. Kini ia mempunyai lebih 20 cawangan di seluruh Malaysia. TESCO pernah mempunyai cawangan mini di Kuantan tetapi ditutup akibat masalah ekonomi setempat. Kini TESCO memilih Kota Bharu Kelantan sebagai tapak yg strategik.

Menilai antara Fakta dan Fitnah:

Fitnah 1:

-Rakyat Kelantan miskin, tidak ada duit.

Fakta:

-Hari pertama TESCO dibuka ia menerima 15,000 pengunjung. Kebanyakan barangan segar dan roti habis dijual.
-Setiap hari minggu TESCO Kota Bharu memungut lebih RM1 juta sehari.

Fitnah 2:

-Kuasa beli rakyat kelantan kecil berbanding negeri lain.

Fakta:

-Catatan cemerlang hasil jualan menjadikan TESCO bercadang untuk menambah cawangan di Kelantan.
-85% pelanggan TESCO Kota Bharu membuat pembayaran dalam bentuk tunai yg merupakan peratusan pungutan tunai tertinggi di Malaysia.

Fitnah 3:

-Kelantan mundur dan tiada pelaburan asing.

Fakta:

-Selama 18 tahun Kelantan berjaya bertahan menjadi negeri yg paling unik di Malaysia dengan keberanian rakyatnya menolak pemerintahan kejam lagi zalim.
-Ekonomi Kelantan semakin makmur dan kemiskinan berjaya dikurangkan.
-Kejujuran parti yang memerintah Kelantan membantu melicinkan pentadbiran sehingga taraf hidup penduduk dan pembayaran hutang negeri jauh lebih baik.
-Iaitu Kelantan menduduki tempat kedua dalam “Kadar Hutang Negeri Terendah”.
-Pelabur antarabangsa kini memilih Kelantan sbg destinasi mereka.

Fitnah 4:

-TESCO akan membunuh peniaga kecil tempatan.

Fakta:

-TESCO menerusi rangkaian antarabangsa membantu usahawan2 industri kecil dan sederhana memasarkan produk mereka.
-90% produk jualan TESCO adalah produk tempatan.
-Ia membuka pasaran baru kpd penternak lembu, kambing dan ikan, penanaman sayur serta buah-buahan tempatan. Keperluan TESCO terhadap produk makanan segar tempatan adalah amat besar.
-Pasaran TESCO fokus kpd pembelian penggunaan bulanan, manakala kedai runcit untuk kegunaan harian. Maka persaingan kuat tidak berlaku.

Fitnah 5:

-TESCO menggalakkan aktiviti Anti-Islam.

Fakta:

-TESCO Kota Bharu merupakan TESCO pertama di dunia yg ditutup pada waktu Sembahyang Jumaat.
-Merupakan TESCO yg pertama di dunia tidak menjual minuman keras/arak ataupun produk segar yang tidak halal.
-Menyediakan tempat Solat yg cukup selesa kpd para muslim.
-Merupakan TESCO pertama di dunia menggunakan tulisan jawi sbg sebahagian jenamanya. Iaitu gabungan “Ta, ya, sin, kaf dan wau” menjadi maksud TESCO.

Fitnah 6:

-TESCO menggalakkan aktiviti lepak di kalangan remaja.

Fakta:

-TESCO mempunyai 20 cawangan di Malaysia dan pekerja seramai 6,600 org.
-TESCO menerima pemohonan kerja di Kelantan dan setakat kini 300 org anak Kelantan berkhidmat secara tetap, manakala 574 org secara sambilan.
-TESCO menerusi rangkaian Jabatan Sumber Manusianya menekankan latihan intensif bg meningkatkan kualiti kerja dan perkhidmatan pelanggan.

Kesimpulan:

Berita mengenai pembangunan ekonomi Kelantan banyak disekat, dikawal ketat serta diputar-belit oleh pihak tertentu. Maka ramai org di luar sana tidak peka terhadap pencapaian Kelantan yg cemerlang.
Jika dibandingkan Kelantan dgn KL, mestilah pusat bandar KL lagi maju dan pesat. Tapi apa gunanya maju sedangkan kos taraf hidup, cukai dan harga barang semuanya tinggi? Apakah rakyat akan puas hati jika duit hasil titik peluh mereka dirasuah sewenang-wenangnya? Rakyat yg tak berdosa terpaksa bayar lebih semata-mata utk membayar kerugian akibat amalan rasuah yg berleluasa.

 

 

 

 

Posted in Info | Leave a Comment »