Mizrin80’s Weblog

Renungkanlah dan Selamat Beramal…..

Archive for the ‘Umum’ Category

Cicakman 2: Planet Hitam

Posted by mizrin80 on December 27, 2008

Filem terbaru kat wayang sekarang Cicakman 2. Boring2 duk umah kitorg ajk la gi tgk wayag. Apa lagi melompat suka la aiman n busu dia nak tgk Cicakman 2. Hari sabtu 13/12/2008 2 hari selepas filem ni kuar kitorg gi tgk kat TGV JUSCO Kepong. Ini 1st time aiman nak tengok wayang. Apa lagi kitorg risau gak dia bt hal dlm panggung nanti. Rupa2 nya duk diam je dia tgk cicakman 2 ni. Lega gak aku dia x bt hal.

img_0051

jaga telefon awam

img_0049

sempat lagi posing kat mural TGV ni

img_0045

ada berani?

img_0042

aiman n busu aqim

img_0043

busu aqim

Posted in Umum | Leave a Comment »

Kahwin member Mak Ngah

Posted by mizrin80 on December 27, 2008

Assalamualaikum… lama x update blog ni. Sorry la sibuk dgn final exam. Skrg aku tengah LI. Mcm keje gak la tp x de la study. Baru2 ni aku n family g kawin member adik aku. Nama dia Cikgu Rekha. Yang uniknya dia ni India. So kami pun nak la tau mcm mana majlis perkahwinan org India. Mcm Melayu gak x byk beza. Yg kami pegi ni menyambut pengantin lelaki. Ni aku attach skit gambo utk korang tengok.

img_1100

penyanyi sedang menyanyi lagu Bollywood mcm dlm filem hindustan

img_00151

bergambo dgn pengantin

img_1114

teka mana satu aiman???

img_1121

sempat posing lagi tue…

img_1125

ni org India panggil “KOLUM”

Posted in Umum | Leave a Comment »

Pembakar Semangat!!!!

Posted by mizrin80 on October 20, 2008

Pemandu teksi terima sarjana

SYABAS… ISHAK Ismail menunjukkan isyarat bagus selepas menerima Ijazah Sarjana Komunikasi Korporat pada Konvokesyen Universiti Putra Malaysia, Serdang, semalam.


KUALA LUMPUR 19 Okt. – Iltizam untuk menjadi idola kepada lima anaknya membakar semangat seorang pemandu teksi, Ishak Ismail, 56, untuk meneruskan pelajaran sehingga ke peringkat ijazah sarjana.

Hari ini, impiannya itu menjadi kenyataan apabila beliau menerima ijazah Sarjana Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada Majlis Konvokesyen UPM Ke-32 di sini.

Semangat Ishak untuk menimba ilmu terus menyala dan selama 13 tahun memandu teksi di sekitar Shah Alam, beliau sentiasa berfikir untuk mengisi setiap masa terluang dengan perkara yang berfaedah.

‘‘Saya sedar peringkat usia saya agak tua berbanding mahasiswa lain tetapi berbekalkan kelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), saya nekad sambung belajar peringkat ijazah pada tahun 2002,’’ katanya ketika ditemui selepas majlis konvokesyen itu di sini hari ini.

Sebaik sahaja menamatkan pengajian ijazah dalam bidang komunikasi dua tahun lepas, datuk kepada tiga orang cucu ini meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana Komunikasi Korporat.

Kejayaan hari ini, katanya, adalah berkat doa dan sokongan moral yang diberikan oleh isteri dan keluarga.

Justeru, jelasnya, pengorbanan keluarganya itu tidak akan dipersia-siakan kerana selepas ini, beliau tidak lagi akan menjadi pemandu teksi.

‘‘Cukuplah selama 13 tahun saya jadi pemandu teksi. Saya mahu mengubah kehidupan kami sekeluarga.

‘‘Cuma kenangan manis sepanjang menjadi pemandu teksi tidak akan dilupakan kerana sewaktu menunggu penumpang, itulah masanya saya mentelaah,’’ katanya yang belajar selama dua jam setiap hari.

Beliau berkata, tiga daripada lima orang anaknya kini berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.

Menurutnya, berbekalkan ijazah sarjana yang ada di tangannya itu, beliau bersedia untuk menjadi pensyarah sambilan jika ditawarkan oleh mana-mana institusi pengajian tinggi.

Posted in Umum | Leave a Comment »

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin..

Posted by mizrin80 on October 20, 2008

Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin kepada semua sahabat handai yang mengenali diri kami sekeluarga. Semoga syawal ini dapat menyucikan diri dan mengembalikan diri kepada fitrah yang asal iaitu suci dan bersih seperti kain yang putih. Minal Aini Wal Faizin…

Posted in Umum | Leave a Comment »

Mohamad 13 tahun: Bacaan Quran nya Menyebabkan Pak Arab menitis air mata

Posted by mizrin80 on September 22, 2008

Ummat Islam Malaysia memang hebat dengan budaya Islam nya tetapi di Malaysia orang Islam sendiri memperlekeh kehebatan mereka dan menjadi mangsa kepada inferiority conplex. Di Dubai , pemuda kecil 13 tahun Mohamad bin Ahmad Zahid membaca Quran di musabaqah Tilawah Al Quran dan ada Pak Arab yang menitis air mata mendengar nya dengan kushu’. Syabas adik Muhamad dan kita mendoakan agar ramai lagi muslim cemerlang dari malaysia mengharumkan nama negara dalam masa ada individu individu yang lebih cenderung memburukkan nama negara tanpa sebab dan hala tuju.

Terdapat tujuh peserta pusingan akhir dan adik Mohamad mendapat tempat pertama , peserta Turki tempat kedua dan peserta kuwait tempat ke tiga. Musabaqah tilawah itu di adakan di dewan yang padat pengunjung dan turut di hadiri oleh His Highness Shaikh Mohammad Bin Rashid Al Maktoum, Vice-President dan Prime Minister of the UAE and Ruler of Dubai. Adik Muhamad membaca surah Al Rahman yang terkenal dengan ayat yang berbentuk puisi yang sangat tinggi dan mempunyai mesej yang padat dengan pengajaran yang menginsafkan manusia yang berfikir.

Pada bulan Ramadan yang mulia mari kita semua ummat Islam bersatu dan jangan lah bergaduh dan bergocoh berlarutan sehingga menjejaskan kesatuan ummah dan mendedahkan kita kepada kecelakaan bagai mereka yang sentiasa menggintai intai untuk memusnahkan kita.

Akhir sekali saya mahu mengucapkan selamat hari raya kepada semua ummah islam PAS atau UMNO atau atas pagar dan harapan saya , jadilah hari raya ini masa untuk ahli PAS dan UMNO bermukabalah antara satu sama lain dalam konsep muqabalah dan muzakarah di peringkat grassroot ummah.

Selamat mendapat lailatul qadr dan selamat hari raya

Posted in Umum | Leave a Comment »